Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Thursday, February 17, 2011

BOSAN DENGAN CARA HIDUP BIASA-BIASA? SERTAI KAMI !!! PADA 28.5.11 (SABTU) DI MITC AIR KEROH MELAKA. 9.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI. TIKET HANYA RM50 SAHAJA SEORANG.

 ADAKAH ANDA INGIN BERUBAH? JIKA JAWAPAN ANDA YA !!!

SERTAILAH KAMI DI WORKSHOP MMP YG AKAN DIADAKAN PADA 25.6.11 BERTEMPAT DI MITC AIR KEROH MELAKA PADA JAM 9.00 HINGGA 12 TENGAHARI... JUALAN TIKET HANYA RM50 SEORANG. 
HUBUNGI SAYA DI 0173716137. DATANGLAH BERAMAI-RAMAI.....




 

Tuesday, February 15, 2011

RENDAMAN KAKI DENGAN GARAM DAN GARAM BUKIT TULIN (AQUA SOLE)

( Aromatic Detox Salt)
Amalan merendam kaki atau mandi dengan air garam bukit adalah satu keperluan harian untuk merasai kesegaran dalam merangsang semula mana-mana bahagian organ dalam badan yang telah kehilangan tenaga dan getarannya.Berendam dengan air garam bukit tulen akan merangsang vitamin tertentu dan mengurangkan homosistina iaitu sejenis bahan yang gagal dicerna dan akan mengotorkan darah dalam tubuh.

Khasiat merendam kaki dengan Garam Bukit:-
-melancarkan peredaran darah seluruh tubuh
-membantu membuang toksin dr badan & dpt mengelakkan virus
-melegakan kesakitan otot,sakit2 sendi,sengal2 & kekejangan otot kaki
-mengurangkan kesakitan & keletihan kaki setelah seharian berdiri & berjalan
-membantu merawat tumit kaki yg pecah / merekah

Larutan Tepu Garam Bukit Tulen (AQUA SOLE )
Tubuh memerlukan garam termasuk elemen-elemen kelumit. Meminum larutan tepu garam (SOLE BRAIN) dari hablur garam bukit tulen dpt merangsang sistem pencernaan & metabolisma darah. Larutan ini juga dipercayai:
Menyumbang tenaga semulajadi yg tersimpan dlm stuktur hablur garam & tubuh dpt menggunakannya selama 24jam
Membantu memperseimbangkan kealkalian/keasidan dlm tubuh & menormalisa tekanan darah
Membantu melarut & mengunyah mendapan yg boleh mengakibatkan pembentukan "batu" & pelbagai jenis rheumatisme seperti ARTHRITIS,BATU HEMPEDU & BATU KARANG
Membantu meredakan rasa ketagihan.ketagihan gula & alkohol hilang sebaik shj pengambilan awal larutan tepu garam bukit tulen...
Profesor PETER FERREIRA, seorang pakar biofizik berbangsa jerman telah menjalankan beberapa jenis ujian-ujian klinikal keatas pesakit-pesakit yang mengambil larutan tepu garam bukit tulen pada setiap hari dan melaporkan keputusan berikut:
a) Pesakit-pesakit mengalami kehilangan logam-logam berat dari tubuh seperti plumbum, merkuri(Raksa) dan arsenik
b) Pengungkaian enapan-enapan kalsium
c) Proses detoksifikasi perlahan tetapi berkesan
d) Memperseimbang PH darah

Sunday, January 16, 2011

DARAH TINGGI



GARAM MASAKAN ( WHITE BALANCE)






DARAH TINGGI (HYPERTENSION)

Takrif dan Definisi

Menurut ensaiklopedia Wikipedia tekanan darah tinggi atau darah tinggi adalah sesuatu keadaan di mana tekanan darah dalam tubuh meningkat secara melampaui keadaan biasa. Dalam bahasa Inggeris ia juga disebut sebagai "hypertension".



Cara menggunakan garam gunung himalaya bagi penghidap darah tinggi:
Sedikit garam gunung dengan 1 sudu makan susu kambing dan diminum.

Cara-cara untuk menjauhi dan meredakan tekanan darah tinggi
1. Mengurangkan pengambilan garam biasa atau sodium dalam masakan dan makanan yang diambil setiap hari.

Seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi biasanya akan dinasihatkan oleh doktor agar mengurangkan pengambilan garam. Iaitu sama ada garam yang dicampurkan ke dalam masakan dan lauk-pauk atau makanan yang siap diprosesseperti kicap, sayur-sayuran jeruk, makanan dalam tin, mee segera dan lain-lain makanan yang diproses di dalam tin dan bungkusan plastik .
Kajian yang dijalankan oleh saintis juga menunjukkan individu yang makan kurang 1500 miligram garam sehari dapat mengurangkan risiko diserang tekanan darah tinggi. Ia juga dapat menggalakkan ubat tekanan darah tinggi berfungsi dengan lebih baik.
Oleh itu bagi anda yang selalunya memakan lebih garam daripada yang sepatutunya, jumlah yang disyorkan oleh pakar ialah kurang daripada 2400 miligram sehari (lebih kurang 1 sudu kecil garam)
2. Mengamalkan corak pemakanan yang seimbang.
Pemakanan yang seimbang seperti yang disyorkan oleh doktor dan pakar-pakar pemakan dapat mengurangkan risiko diserang tekanan darah tinggi dan merendahkan atau meredakan tekanan darah tinggi bagi mereka yang menghidap penyakit ini.
3. Berhenti merokok
Bagi anda yang merokok ini akan menyebabkan dinding-dinding salur darah mereka menjadi rosak dan menyebabkan arteri-arteri darah menjadi lebih cepat menjadi keras. Ini berlaku lebih cepat berbanding dengan usia mereka. Tidak kira roko tersebut mempunyai penapis atau tidak ia tetap memberikan kesan yang sama.
Salur-salur darah dan arteri yang rosak akan menyebabkan perjalanan darah menjadi kurang lancar dan oleh itu bagi anda yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko lebih mudah dan lebih kerap diserang darah tinggi. Selain itu merokok juga menjadikan anda yang menghidap tekanan darah tinggi mudah mendapat risiko penyakit lemah jantung.
4. Selalu bersenam
Dengan mengamalakn corak senaman yang baik anda dapat mengelakkan atau mengawal tekanan darah tinggi yang anda hidapi. Selain tiu ia juga dapat mengelakkan penyakit lemah jantung. Amalkan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, paling minimum ialah anda boleh berjalan selama 1 hingga 1 setengah jam, 3 kali seminggu.
Sekiranya anda boleh berjogging adalah lebih baik. Gunakanlah kemudahan rekreasi seperti taman-taman awam yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau majlis-majlis perbandaran/bandaraya di tempat anda. Ingatlah bersenam itu adalah pelaburan unutk kesihatan anda!
5. Mengurangkan pengambilan minuman keras
Sekiranya anda mengamalkan minum minuman keras atau arak anda adalah lebih mudah diserang penyakit darah tinggi dan lebih kerap menerima serangan. Arak atau alkohol juga menyebabkan organ-organ dalaman tubuh seperti hati, otak dan jantung menjadi rosak. Minuman beralkohol mengandungi kadar kalori dan gula yang tinggi dan ia juga menyukarkan anda untuk mengurangkan kadar berat badan. Oleh itu elakkan daripada meminum minuman keras dan sekiranya anda mengamalkannya, belajar berhenti dari sekarang secara beransur-ansur.
6. Kekalkan berat badan yang sihat
Berat badan yang sihat dan ideal dapat mengelakkan anda daripada mendapat tekanan darah tinggi. Kajian yang dijalankan mendapati berat badan yang meningkat juga menyebabkan tekanan darah meningkat pada masa yang sama. Kajian yang dijalankan juga mendapati dengan mengurangkan berat badan kepada 5 kilogram, anda dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dengan drastik. Pengurangan sebanyak 5 kilogram sahaja merupakan satu perbezaan yang besar bagi mereka yang gemuk serta mempunyai darah tinggi pada masa yang sama.