Testimoni 1
Nak share skit pengalaman kami sekeluarga menggunakan aura seri...memang sukar utk dipercaya dengan mata kasar...tapi inilah sebhgn pengalaman yg kami lalui..kita mula dgn Nia @ Aniz sendirilaa yer...nie kisah benar, seminggu pertama pakai...pastu berenti dlm 2 minggu tak konsisten, aniz collapse demam teruk 5 hari jugaklaa kalau tak ok memang kena amik darah dah...pastu baru continue semula...kebetulan baru tahu kak leila alkisahnya dealer aura dok tanya ker dia...difahamkan kalau kita ada gangguan @ tempias spesis Allah yang bertanduknie memang reaksinya begitu...aura busuk yg tak molektu akan dibersihkan...alhamdulillah lepas consult ngan kak leila without fail laanie kita gunakan aura seri @ geniustu...lain laa semangattu...hening...tenang...walau sibuk tp kita masih ada 'contact' lagi dgn dunia/role kita yg lain sbg ibu, isteri, hamba Allah...memang aniz niatpun semoga Allah tingkatkan iman, persusun perjlnan hidup sebaiknya...lapangkan kesulitan & luaskan rezeki...nikmat Allah bg bukan utk lupa tp lebih dekat padaNYA...memang syokk...aniz dpt rasakan gelombangtu berterusan dlm dirinie...tu yg share infonie dgn kak han...
Testimoni 2
Akak nak share pengalaman bersama Aura Seri & Aura Genius. Akak guna Aura Seri dah lebih seminggu skali ngan hubby...buat bilasan mandi 2x sehari...setiap pagi buat sapu kat muka utk menaikkan lagi seri wajah yg dah mmg berseri ni....wakakaka...sejarah hidup akak ni agak teruk sikit, penah kena buat kat bekas asben...puas berubat sana sini, pastu ok dah...seminggu guna Aura Seri ni, badan jd sakit2, bisa2 dan kepala jadi pening semacam...ingat xcukup minum air...so akak minumla byk2..makin menjadi2 plak..smpi xleh bangun gi keje..pastu akak tipon HQ aura seri, then tipon bapa angkat, rupanya ada lg saki baki yg lama2 dlm badan, dikeluarkan...so akak baca yasin dan minum air yasin tu dan teruskan dgn aura seri 2 x sari...alhamdullilah skang dah masuk minggu ke dua, bisa2 tu dah xde...solat pun lebih khusuk...susah nak percaya pd mata kasar, tp akak yakin AS tu membantu + doa2 selepas setiap solat... juga jiran2 mula menanya, muka akak nampak lebih berseri2, dia org tanya pakai ape....so mulala akak mempromosi AS...hopefully berhasil... AG pula akak pakai pd anak2...anak bongsu akak ni nakal dia xterhingga...suka nyakat kakak2 dia...tp sejak akak guna AG, dah makin berkurangan nakal dia, dan yg paling menyeronokkan dia makin cerdas dan kreatif...baru 3 tahun 1/2 tp kreatif...dia bleh on pc sendiri dan pasang CD pelajaran sendiri...kakak yg umur 5 tahun pun xtahu...akak yakin AG membantu sbb anak2 akak ni mmg anak2 DBrain...so AG tu sebagai booster nampak gayanya....berbaloi la akak invest kat AG...semuga anak2 akak jadi lebih mantap mindanya dan lebih kreatif utk yang baik2... Sape yg belum cuba tu, elokla invest...buang aura2 yg x elok tu untuk keharmonian rumahtangga kita dan keluarga kita...wassalam
Testimoni 3 ~ Masalah Rumahtangga & Panas Baran
Rakan terdekat juga dianie...memang jenis asertif, laser dan sikit panas baran...suaminya pun boleh tahan juga so secara tak langsung selalu jugaklaa terpaksa menjadi kaunselor buat mereka...alhamdulillah selepas sebulan menggunakan aura seri kini mereka suami isteri lebih ceria, harmoni dan jarang bergaduh lagi...keintiman..dan bibit kasih sayangtu semakin mekar ala-ala masa bercinta...ada ruang perbincangan...
Testimoni 4 ~ Interview Nak Dapatkan Kerja & Kerenah Anak-anak
Akak nie dah dekat 2 bulan mengunakan aura seri & aura genius,ingat lagi waktu pertama kali beliau hubungi ..suaranya cukup 'down'...berhenti kerja hajatnya nak berbisnes tapi takdir Allah menetukan bisnes tak menjadi ...namun atas keprihatinan seorang isteri & juga ibu...berusahalah utk mendapatkan pekerjaan alhamdulillah tak sampai seminggu pakai aura seri yang mana membantu pemantapan karisma & potensi diri...alhamdulillah beliau berjaya dlm temuduga dahpun kerja malah bertalu lagi panggilan interview ..malah anak-anak juga melihatkan perubahan diri...anak-anak tak nakal bukan budak namanya namun kini lebih terkawal & mendengar kata...
Testimoni 5 ~ Masalah Gangguan Unsur Asing /metafizik...
Jika dulu Aina (bukan nama sebenar) selalu runsing, murung, mudah naik angin tak tentu pasal...mudah letih..lesu...kadang seram sejuk, alhamdulillah dgn ilmu yang dikongsikan masalah tersebut berjaya beliau atasi...satu tips penting :-
1) Waktu bulan mengambang...jika dlm kalender Islam kita panggil ianya yaumulbit..hari putih..waktu ini kita sunnah utk kita berpuasa selama 3 hari berturut pd hari 13, 14 & 15 bulan Islam (laporan bulanan kita diserah pd Allah waktu inilah)...Jika ikut sirah waktu inilah HAPPY HOUR SYAITAN...(malah mengikut kitab mujarabad elakkan 'bersama' waktu ini kerana dikhuatiri benih yg terhasil akan diganggu & menyebabkan kecacatan dan seumpamanya..ilmunie banyak yg terlepas pandang)...lebihkan zikrullah, mengaji, solat sunnat dsbgnya utk mendinding diri...kalau ada suami pun sama-samalaa...
2)Waktu period ~ buat persediaan awal...dekatkan hubungan dgn Allah...time period kita zikirjerlaa..insyaAllah moga-moga makhluk yg cuba menganggu kita tidak berjaya.... Dan apabila buat mandian aura seri tu niatkanlaaa...mandi bersih2...pastu amik wudhuk...selawat & mengadap kiblat..niatkan : "Ya Allah Ya Tuhanku Aku tidak redha sekiranya makhluk halus berdamping dalam diriku..sekiranya ada Ya Allah Engkau hancurkanlaa...Engkau musnahkanlah..Engkau singkirkanlah bersama perginya air ini...semoga dgn ini aku dpt beribadat dgnMu Ya Allah dngan lebih baik & berkesan..." InsyaAllah buatlaa dengan berterusan dan OBSERVED perubahan yg dialami...umunya unsur asing mudah mendampingan kaum wanita yang agak kosong jiwanya, tertekan...banyakkan zikir..istigfar, tasbih...biar lari bertempiaran spesis bertanduk tu...
Testimoni 6: Masalah Panas Baran
Saya mempunyai masalah panas baran. Berbagai cara telah saya lakukan untuk mengurangkan masalah saya tetapi tetap tidak berhasil. Suatu hari saya melayari internet dan saya telah temui jawapan kepada masalah saya. Aura Seri... Setelah mencuba, tahap ketenangan dan kesabaran saya dapat dipertingkatkan.
Saya kurang marah dan hubungan suami isteri semakin mesra. Saya juga mengalami masalah sukar tidur. Setelah menggunakan Aura Seri, tahap tidur saya bertambah baik dan bangun pagi pun segar walaupun saya tidur lewat malam. Sebelum ini hubungan saya dengan ketua pejabat tidak begitu baik.
Selalu sahaja dimarahi di hadapan orang ramai, menyebabkan saya kurang berkeyakinan dan malas untuk bekerja. Tetapi setelah menggunakan Aura Seri, ketua saya telah menegur baik kepada saya. Alhamdulillah Aura Seri telah banyak membantu saya .Faridah Hanom Bt Hassan
Cheras, Kuala Lumpur
Testimoni 7: Sakit Migrain
Saya berumur 23 tahun. Setelah saya menggunakan Aura Seri selama sebulan banyak perubahan yang berlaku pada diri saya. Sakit migrain saya semakin hilang malah selain dari suami, ramai juga yang menegur dengan perubahan wajah saya yang nampak lebih berseri dan ceria.
Saya juga bekerja sebagai ejen insurans yang memerlukan saya banyak berjumpa dengan ramai orang. Selepas saya menggunakan Aura Seri saya menjadi lebih yakin dan bersemangat berjumpa dengan orang ramai.
Puan Esmahwati bt Mohd Shah
Segamat, Johor
Testimoni 8: Menyingkir Semangat Halus
Saya mengenali produk Aura Seri setelah mengikuti seminar pengenalan produk oleh Prof. Dr. Ibrahim dan Puan Ira yang diadakan di Kota Kinabalu. Setelah mendengar kebaikan dan keberkesanannya saya terus membeli 1 set untuk mencuba.
Saya rasa tidak rugi saya melabur sejumlah wang setelah melihat hasil pemulihan serta kesegaran aroma yang memberi ketenangan emosi, keyakinan, membangkitkan semangat dan yang paling penting ialah produk ini berjaya membongkar semangat halus yang menghuni kediaman saya setelah sekian lama sering mengganggu ketenteraman keluarga saya.
Terima kasih kepada Prof. Dr. Ibrahim dan Puan Ira kerana menghasilkan produk yang mampu menyelesaikan masalah fizikal, emosi, dan dalaman yang tak terdapat dari kosmetik yang lain di pasaran. Anak saya turut menggunakan menggunakan Aura Genius.
Turut dilihat kesannya apabila anak saya akan menduduki SPM 2006 telah meningkat keputusannya dalam peperiksaan gerak gempur yang diadakan baru-baru ini. Matapelajaran yang lemah sebelum ini telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan. Che Jarah @ Siti Jarah bt Asmat
Kota Kinabalu
Testimoni 9: Meredakan Stress
Saya seorang ibu tunggal yang berusia 31 tahun. Saya bekerja sebagai kerani sahaja. Banyak tekanan luaran dan dalaman yang saya hadapi. Setelah diperkenalkan dengan Aura Seri, saya memakainya dengan cara yang telah diajar dan disertakan dengan niat yang positif, saya menjadi lebih bersemangat. Segala tekanan, rasa letih dan lemah yang saya hadapi semakin berkurangan.
Diri saya juga lebih disayangai dan dihormati oleh kawan-kawan serta keluarga. Tahap kesabaran saya juga semakin tinggi berbanding sebelumnya. Malah ramai juga yang menegur wajah saya nampak semakin berseri dan muda.
Puan Faizah bt Mat Jaffar
Segamat, Johor
Testimoni 10: Cepat Marah Dan Selalu Stress
Saya seorang ibu kepada 7 orang anak. Saya mempunyai sifat cepat marah dan sering stress apabila berhadapan dengan sikap anak-anak. Sejak menggunakan Aura Seri emosi dan sikap saya lebih relax, emosi saya lebih terkawal. Anak-anak juga saya pakaikan aura seri. Mereka kini lebih mendengar kata dan sikap mereka dapat dikawal.
Saya bersyukur kerana sejak menggunakan aura seri keluarga saya lebih gembira dan harmoni. Kerana keberkesanan aura seri kini saya telah menjadi stokis Aura Seri di Kajang. Syukur alhamdulillah telah ramai pengguna yang mendapat kebaikan dan perubahan setelah menggunakan Aura Seri.
Arpah OmarKajang
Testimoni 11: Berkeyakinan dan Mudah didampingi
Saya berumur 26 tahun dan masih lagi belum berkahwin. Saya mempunyai sikap rendah diri dan sukar untuk bergaul. Satu hari kakak saya telah memperkenalkan aura seri kepada saya. Saya pun menggunakan aura seri dengan niat untuk menjadi seorang yang lebih berkeyakinan dan mudah didampingi.
Alhamdulillah setelah menggunakan aura seri lebih kurang 2 minggu saya dapat merasakan banyak perubahan pada diri saya. Kini saya lebih berkeyakinan dan mudah untuk berkawan, kawan-kawan saya juga kini menyenangi diri saya. Alhamdulliah kini saya telah mempunyai teman lelaki istimewa. Kami merancang untuk bertunang pada bulan Julai tahun ini.
Siti AisyahBandar Baru Bangi
Testimoni 12: Berkeyakinan
Saya berumur 36 tahun dan ibu kepada 4 orang anak. Saya mempunyai sikap kurang berkeyakinan . Saya telah mengambil lesen memandu kereta pada ketika umur saya 21 tahun lagi, tetapi tidak pernah memandu sendiri kerana perasaan takut. Suatu hari suami saya telah memberi saya aura seri.
Setelah menggunakan aura seri dengan niat untuk lebih yakin pada diri sendiri dan stabilkan emosi , alhamdulillah kini saya telah berani memandu sendiri tanpa menyusahkan suami lagi. Suami saya kini lebih sayang kepada saya dan mengatakan saya kini lebih berseri-seri dan cantik. Syukur alhamdulillah hubungan saya dengan suami semakin mesra.
Noraida OthmanKajang
Tuesday, December 04, 2007
Dari Utusan Malaysia
Antara Rosyam dan botox
"Tak ada botox, saya pakai Aura Seri saja,'' kata pelakon Rosyam Nor. Rosyam menafikan dia memilih suntikan botox untuk melawan anasir kedutan di wajahnya termasuk di muka. Kata Rosyam, dia tidak pernah ambil sebarang suntikan pada wajah walaupun pada usia 40-an dia masih kelihatan bagai lelaki awal 30-an saja.
Sebaliknya Rosyam menceritakan rahsianya menggunakan produk Aura Seri sejak setahun lalu yang diperkenalkan oleh Dr. Ibrahim Ahmad dan isterinya, Ira Ghani. Mereka ialah pengasas produk berkenaan.
Kata Rosyam, sejak setahun lalu dia sudah pakai Aura Seri. Walaupun hanya suka-suka saja pada awalnya, akhirnya ia berkesan dan sebab itu wajah Rosyam tanpa kedutan seperti mana lelaki seusianya.
Kira okeylah tu. Siapa kata Rosyam tua? Siapa kata dia hero pencen? Kami anggap orang yang kata macam itu kepada Rosyam memang tidak jelas penglihatannya, sebab Rosyam masih muda dan bertenaga.
Sekurang-kurangnya untuk pegang watak hero dalam filem dan drama sampai bila-bila sekalipun.
Kami juga harap apa yang dijelaskan oleh Rosyam itu diterima oleh semua peminat yang sedikit sebanyak meragui wajah kacak Rosyam dari hari ke hari itu.