Your pictures and fotos in a slideshow on MySpace, eBay, Facebook or your website!view all pictures of this slideshow

Thursday, December 30, 2010

JANGAN SALAH FAHAM MENGENAI AURA & METAFIZIK

DEFINISI AURA
Aura merupakan lapisan-lapisan halus yang terbentuk di luar objek atau tubuh manusia. Aura adalah medan arus tenaga elektromegnetik atau perisai halus yang terdiri daripada sejumlah getaran gelombang tenaga yang bersifat metafizik (ghaib). Ianya berperanan melindungi tubuh manusia dari getaran tenaga negatif dan serangan radiasi luaran yang boleh merosakkan sistem tubuh manusia. Dari sinar UV yang berlebihan hinggalah kepada kesan sinar infrared yang merosakkan sel dan tisu tubuh manusia.
Setiap sesuatu yang memiliki tenaga dan medan tenaga. Sedangkan besi berani yang kaku dan mati itu, turut memiliki tenaga dan medan tenaga. Inikan pula manusia yang Allah telah jadikan dengan sehebat-hebat kejadian, yang miliki semua sistem yang layak menjadi khalifah di muka bumi ini. Sudah tentu manusia juga memiliki medan tenaga yang  hebat yang melingkar disekelilingnya tubuhnya  yang dikenali sebagai aura. Semua orang boleh merasai aura mereka jika tangan mereka sensitif dengan lapisan tersebut. Deria sensitif boleh dilatih dan diaktifkan penggunaannya.Aura bukanlah mainan akal atau psikologi otak semata-mata, melainkan ianya adalah benar dan sahih mengikut kajian saintifik. Ada sesetengah orang tidak dapat merasakan aura mereka kerana tangan mereka mungkin tidak sensitif dengan lapisan tenaga tersebut.
Mereka yang mengatakan bahawa ilmu aura metafizik ini hanya khayalan semata-mata adalah tidak benar, dan hujah itu membuktikan mereka tidak dalam penilaian dan kajian yang mereka lakukan. Mereka adalah golongan yang ketinggalan zaman, menolak perkembangan kaedah perubatan dan berfikiran jumud.
Aura mempunyai tujuh lapisan getaran gelombang tenaga, yang berkait rapat dengan fungsi tujuh chakra utama yang mempengaruhi peranan dan fungsi kelenjar serta organ tubuh, juga mempengaruhi keseimbangan tingkah laku, dan peribadi seseorang.
Aura yang sihat dan sempurna, lapisannya indah, tebal, licin dan lembut. Manakala aura yang mengalami masalah atau bermasalah, lapisannya banyak mengalami kebocoran tenaga, kasar, kesat, tajam dan nipis. Oleh sebab itulah perawat perubatan aura dapat mengesan penyakit yang berada pada tubuh pesakit dengan melakukan teknik imbasan penyakit melalui deria sensitiviti aura di telapak tangan mereka.
Lapisan aura yang sihat dan sempurna, akan menghasilkan kesihatan tubuh badan serta peribadi yang baik dan seimbang. Dari aura yang seimbang, tubuh akan miliki imun dan perisai pertahanan diri yang kuat dari serangan penyakit.
Manakala aura yang tidak sempurna dan bermasalah akan mengundang penyakit dan pelbagai masalah lain seperti masalah emosi dan rohani.
Jika seseorang yang sedang menghidap penyakit, kemudian dia mendapatkan rawatan Islam atau rawatan Aura, maka penyakit yang dihidapinya akan beransur pulih (hanya dengan keizinan Allah semata-mata), kerana getaran gelombang tenaga auranya telah distabilkan, ‘ditampal’ dan pulihkan dari sebarang kebocoran, insya Allah. Aura yang baik dan seimbang juga dapat menghasilkan peribadi dan sikap yang positif, akhlak yang terpuji dan sentiasa menarik perhatian yang positif masyarakat sekeliling kepadanya, hidupnya sentiasa semangat dan memberi semangat kepada orang lain. Tidak menghina dan memperlekehkan orang lain.
Manakala lapisan aura yang rosak dan tidak sihat, akan menyebabkan  pelbagai masalah kesihatan tubuh badan, mengundang pelbagai radiasi luar tubuh dan mengundang pelbagai jenis penyakit, sentiasa berfikiran negatif dan mempengaruhi orang lain supaya bersikap negatif sepertinya, sikap serta peribadi yang bermasalah, selalu menganggap diri lebih hebat, menghina orang lain, hilang kekuatan diri, rendah diri, tekanan perasaan, rendah diri (yang bercanggahan dengan syariat), memberontak, degil dan pelbagai lagi sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat tercela) yang akan melanda dirinya.
Aura adalah kelebihan manusia yang Allah Ta’ala ciptakan. Ilmu ini bukan sangkaan atau permainan akal fikiran semata-mata seperti yang dituduh oleh segelintir masyarakat. Ilmu aura ini telah dikaji dengan kajian saintifik bukan dongeng semata-mata. Banyak kajian telah dilakukan. Ianya adalah gabungan ilmu sains perubatan timur dan barat. Apabila ianya telah dikaji mengikut sains, maka sudah pastinya kajian tersebut berdasarkan bukti, realiti, dan bukan sekadar teori atau sangkaan kosong sahaja. Apa yang paling penting, ilmu ini bukan bersumber dari jin seperti yang dikatakan oleh sesetengah perawat.
BAGAIMANAKAH AURA TERBENTUK
Setiap sesuatu yang wujud di alam ini samada batuan, manusia, haiwan, tumbuhan dan lain-lain, adalah terhasil dari kesatuan berbilion-bilion sel atau atom yang membentuk menjadi sesuatu objek.
Atom terdiri dari elektron-elektron negatif, dan proton-proton positif, Proton dan elektron ini adalah getaran letrik dan megnet. Proton bergerak mengelilingi inti, sedangkan elektron bergerak mengelilingi proton. Ruang di mana atom bergerak digelar sebagai ruang medan tenaga (energy field). Medan  tenaga ini memancarkan cahaya (invisible light spectrum ) atau lebih dikenali sebagai aura.
Lapisan aura ini dimiliki oleh semua manusia. Cuma ketebalannya berbeza mengikut cara dan gaya kehidupan seseorang. Adakalanya aura seseorang hanya mengelilingi sekitar tubuhnya sahaja, ini adalah lapisan yang normal bagi seseorang yang sihat dan seimbang peribadinya, ada juga yang menjagkau puluhan bahkan ratusan kilometer. Menaungi dan memberikan tenaga, semangat dan kekuatan kepada orang dan pelbagai hidupan disekelilingnya. Inilah yang dikatakan baraqah atau berkat yang dimiliki oleh orang-orang yang alim dan soleh. Kehadirannya memberikan kebaikan kepada sesiapa yang memandangnya, menghadirkannya dan menghampirinya dengan izin Allah jua.
KAITAN IBADAH & AURA
Aura adalah ilmu umum, tidak terikat dengan mana-mana doktrin agama. Kenyataan ini adalah tepat dan sahih. Cuma, aura memerlukan aplikasi ibadah dari agama untuk memantapkan dan mengembangkan potensinya supaya dapat menjadi lapisan perisai yang sangat kukuh  dari serangan radiasi luaran dan serangan tenaga negatif kepada tubuh manusia. Kita sebagai muslim, sudah pastilah kita beribadah mengikut cara Islam. Aqidah kita hanya pada Allah, tiada  kepada selain Dia. Bahkan ibadah dalam Islam adalah medium terbaik dalam mengembangkan, memanatapkan serta meningkatkan potensi aura kita. Kerana setiap ibadah yang kita lakukan, pastilah kita memerlukan unsur air (yang memegang unsur tenang, sejuk dan mendamaikan) iaitu wudhuk sebagai ‘cleansing’ yang terbaik untuk sistem tubuh serta sistem antena energi tubuh iaitu bulu roma dan rambut.
Wudhu’ dan niat hanya kerana Allah adalah isyarat penghantaran energi yang mantap  dan pantas kedalam sistem tubuh melalui medium air, yang menyucikan kotoran fizikal, dosa dan tenaga negatif. Sesungguhnya wudhu’ adalah bersifat takhalli (pembersihan), membersihkan dari tenaga yang negatif yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah kejiwaan dan masalah kesihatan fizikal. Apabila tubuh telah suci dan bersih dari hadas kecil, hadas besar, tenaga negatif, dan dosa-dosa kecil, maka situasi tersebut telah berada dalam keadaan bersedia menerima energi yang positif, ketenangan dan keheningan sebelum menuju ke peringkat tahalli (menyerapkan/pengisian) dengan ibadah-ibadah yang akan dilakukan.
Selepas itu, sebelum memulakan ibadah, pastilah dimulakan dengan membaca “Bismillah…” untuk menjauhkan syaitan dan untuk mendapat keberkatan. Dengan bacaan tersebut, udara disekeliling akan bergetar, molikul wap-wap air akan dienergikan dengan getaran gelombang bunyi bacaan bismillah yang terkandung

kalimah-kalimah mulia, nama-nama yang baik dan indah yang memberikan getaran gelombang positif, dan  mengenergikan tubuh dengan energi yang positif, menyihatkan badan, bertindak sebagai pendinding Insya Allah.
Setiap bacaan ayat suci al-Quran yang di lafazkan dan zikir-zikir yang di ungkapkan, sebenarnya menghasilkan getaran gelombang tenaga yang positif disekitar kita melalui molikul wap-wap air dan oksigen . Setiap dengungan bacaan, nyaringan sebutan dalam bacaan tersebut, akan menggetarkan sel tubuh badan, dan menggetarkan chakra serta mengenergikannya (tahalli). Elektron-elektron negatif dan proton-proton yang positif semakin aktif mengelilingi inti, lantas menghasilkan medan tenaga aura yang lebih besar, mantap sangat, indah dan seimbang.
Begitulah gambaran umum bagaimana aura terjana ketika kita beribadah, dan sebenarnya banyak lagi manfaat ibadah lain seperti puasa, solat, zakat dan sebagainya, dalam menjana kestabilan aura dan chakra kita.
ILMU AURA METAFIZIK BUKAN BERASAL DARI JIN/ SYAITAN
Seperti mana yang telah saya nyatakan diatas, aura ini bukanlah berasal dari jin dan syaitan, terdapat banyak bukti saintifik menyatakan ianya adalah berasal dari sistem tubuh manusia. Bukan dari pemujaan, atau sebarang ritual yang berunsur penyembelihan, darah dan sebagainya yang sedia kita maklum.
Dakwaan sesetengah orang yang berpendapat aura ini berkaitan dengan jin adalah meleset. Jika ianya ‘berjin’ seperti yang didakwa, pastilah pengamal aura yang beragama Islam terpaksa melakukan perkara seperti berikut:
1.       Mengeluarkan kenyataan yang tidak bertepatan dengan aqidah.
2.      Melakukan amalan yang bertentangan dengan syari’at Islam
3.      Melakukan penyembelihan tertentu, untuk tujuan tertentu, pada waktu tertentu dan bukan kerana Allah.
4.      Melakukan sebarang ritual atau upacara yang meragukan dari sudut aqidah mahu pun Syariat.
5.      Menceritakan hal-hal yang boleh menimbulkan fitnah dalam agama.
6.      Melakukan sesuatu amalan yang jelas bertentangan dengan syari’at seperti yang dilakukan oleh bomoh-bomoh atau dukun-dukun yang ternyata secara terang-terangan memuja dan memiliki khidmat jin dan syaitan.
Pembaca sekalian, jin dan syaitan tidak akan membantu manusia dengan ‘seikhlas hati’ tanpa memerlukan sebarang habuan, korban atau kesetiaan kita dalam menurut syarat-syarat mereka. Setiap bantuan jin dan syaitan pastinya mengandungi agenda mereka dalam menyesatkan aqidah kita sebagai muslim. Setiap bantuan mereka pasti akan ada syarat-syaratnya dalam menyengutu dan menderhakai Allah Ta’ala. Tidak akan ada persahabatan atau pemilikan jin tanpa sebarang syarat-syarat yang menyesatkan. Jin dan syaitan tidak akan bersahabat dengan manusia sebagai makhluk yang mulia, tanpa sebarang ritual yang menyebabkan manusia itu menghinakan diri mereka kepada jin dan syaitan. Mereka cukup berbangga sekali jika mereka dapat berdampingan dengan manusia, lebih-lebih lagi jika manusia menjadi hamba kepada mereka.
Menurut pengamatan dan pengalaman saya bertahun-tahun sebagai pengamal perubatan aura Sufi-Reiki , tiada sedikit pun amalan dalam perubatan aura ini yang menyalahi aqidah dan syari’at Islam. Tiada sebarang ritual yang menyamai  atau dipengaruhi mana-mana agama , tiada kasad atau i’tiqad yang meragukan dan perbuatan yang menentang secara terang-terangan  mahupun secara sembunyi terhadap syariat Islam.
Saya bebas mengamalkan wirid-wirid, ruqyah syari’iyyah, dan semua ibadah lain tanpa masalah (dengan izin Allah), saya juga sudah sekian lama mengamalkan perubatan Islam Ruqyah Syar’iyyah, dalam merawat pesakit yang mengalami gangguan jin atau syaitan mahupun dalam merawat penyakit fizikal.
Sepanjang saya mengamalkan wirid-wirid, alhamdulillah tiada bukti atau tanda-tanda yang tubuh saya dihuni jin atau syaitan, tiada perasaan panas dan sebagainya (tanda-tanda kerasukan jin dan syaitan) yang sepatutnya timbul jika dalam tubuh seseorang dihuni jin atau syaitan.
Memang benar, terdapat beberapa kes, yang mana apabila dibacakan rukyah syar’iyyah kepada seorang Reiki Master, maka Reiki Master tersebut menjerit dan timbul beberapa tanda yang membuktikan tubuhnya dihuni jin.
Bagi saya, dan pengalaman saya, kes tersebut adalah bersifat terpencil dan tidak boleh dijadikan hujah bahawa semua pengamal perubatan aura atau Reiki memiliki jin atau menyeru jin dalam praktis mereka sehingga jin tersebut menghuni tubuh mereka.
Banyak kemungkinan boleh berlaku, antaranya, ialah mungkin tubuh pengamal reiki tersebut sememangnya telah lama dihuni jin sebelum dia menerima attune Reiki lagi. Kemudian, selepas dia ambil ijazah master Reiki, kebetulan dia berjumpa dengan pengamal perubatan Rukyah Syar’iyyah, dan dirinya dirukyahkan, maka muncullah tanda-tanda tubuhnya dihuni jin.
Pembaca sekalian, sesungguhnya jin adalah golongan yang pandai menipu, banyak helah dan hebat ilmu psikologinya dalam menghasut dan merosakkan manusia.
Adakalanya tubuh jin tersebut kebal atau imun dengan energi-energi alam atau energi dalam manusia seperti energi aura dan jurus semata-mata, kerana mereka berpengalaman lama dalam hidup ini dan telah berjumpa dengan bermacam-macam perawat serta bahan rawatan.
Akan tetapi, tubuhnya tidak akan sesekali tahan dengan mukjizat Rasulullah s.a.w iaitu al-Quran, terutama jika dibaca oleh orang yang hebat ibadah dan akhlaknya, dan oleh kerana itulah, jin tersebut berteriakan dan keluarlah berbagai tanda-tanda gangguan jin dalam tubuh orang tersebut.
Sesungguhnya, energi al-Quran sangatlah hebat berbanding energi aura biasa yang hanya menggunakan meditasi umum sebagai medium penjanaan  energi. Oleh sebab itulah kenapa saya sebagai pengamal ilmu perubatan aura menjadikan Islam dan amalan Islam sebagai tunjang kekuatan utama diri saya dalam menjana kekuatan roh dengan Allah dan menjana aura saya, dan saya tidaklah hanya bergantung dengan meditasi umum semata-mata.
Islam tidak menyempitkan ilmu perubatannya hanya menggunakan kaedah rukyah syar’iyyah semata-mata, Islam juga membenarkan perubatan konvensional moden, refleksologi, urutan, herba, perubatan aura dan sebaginya walaupun tidak menggunakan rukyah syar’iyyah, asalkan selagi perubatan tersebut tidak melampaui sempadan syari’at Islam yang mulia.
KONKLUSI
Sebelum kita menuduh yang bukan-bukan terhadap ilmu ini, baik kita berlapang dada untuk mengkaji dan meneliti. Ilmu ini bukan omongan kosong, banyak kajian dan peralatan teknologi canggih yang telah digunakan untuk mengkaji perkembangan ilmu ini. Ilmu ini bukanlah sesuatu yang mistik semata-mata tanpa
dapat ditemui punca dan asalnya. Jika ilmu ini berunsur jin, pastilah ilmu ini tidak akan dapat dihuraikan melalui sains metafizik, pasti tiada kajian yang dapat dijalankan. Ahli sihir atau bomoh yang mensyirikkan Allah, sama sekali tidak akan dapat menghuraikan dari mana ilmu yang dia perolehi mengikut fakta dan kajian. Islam sendiri pun telah menegaskan bahawa, “kita hanya berhukum dengan sesuatu yang zahir”, yang zahir ini maksudnya dapat dikaji dengan fakta sains. Bukan cakap-cakap kosong semata-mata, atau sangkaan semata-mata.
Saya hanya berkongsi dengan anda atas pengalaman saya selama bertahun dalam mempraktis ilmu Reiki dan perubatan Islam (Rukyah Syari’iyyah) serta menurut apa yang telah saya pelajari dan fahami. Wallahua’lam. Semoga usaha saya yang sekecil ini dapatlah menjadi sebahagian dari kenyataan dalam menjawab tuduhan dan tomahan terhadap ilmu ini, Sesungguhnya Allah Maha Mangetahui lagi Maha Memahami..Teruskan bersama saya dalam membicarakan ilmu ini dari kaca mata Islam. Agar kita bersama-sama mendapat manfaat insya Allah.

Tuesday, December 28, 2010

GARAM MASAKAN ( WHITE BALANCE)

Garam Masakan
Garam Bukit Masakan menyumbang pelbagai elemen kelumit untuk fungsi-fungsi Biokimia tubuh & mengandungi kesemua 84 jenis galian & elemen2 yg di perlukan utk membantu anda mencapai tahap kesihatan optima..apabila di larutkan dlm air dgn peratusan yg sesuai..ia membantu mengawal tekanan darah - dikatakan kerana keseimbangan kalium, kalsium, magnesium & natrium
Garam bukit adalah penggalak kepada mana-mana unsur yang lemah. Garam akan melunturkan dan meleraikan segala kekotoran dan amat berkesan sebagai agen pembersih. Garam juga mempunyai kuasa peluntur yang sangat mesra alam dan ianya juga digunakan bagi menyuburkan tanah.
Garam yang digunakan dalam masakan kita sekarang adalah garam yang telah pun diproses menjadi natrium klorida sahaja, sebab itulah garam yang diproses sebegini akan mengakibatkan masalah darah tinggi jika diambil dengan berlebihan. Garam bukit tulen lebih tinggi nilai khasiatnya berbanding garam laut yang kita ambil seharian. Garam bukit tulen kini menjadi pilihan bagi kebanyakan pengamal perubatan mahupun orang perseorangan yang mementingkan aspek kesihatan dan kecantikan tubuh mereka. Warna asas bagi garam bukit tulen ini adalah pink, putih dan sedikit kelabu.
Mengamalkan merasa secubit garam sebelum dan selepas makan akan menggalakkan setiap makanan yang dimakan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu seterusnya disalurkan melalui sistem buah pinggang.

Kebaikan menggunakan garam bukit untuk masakan:
· holistik
· lebih mineral
· sumber semulajadi
· kristal paling seimbang
· tiada bahan pewarna
· tidak tercemar
· tidak di ubahsuai
· tiada bahan bertoksin
· garam gred paling tinggi
· masakan paling berperisa

Monday, December 27, 2010

PENGETAHUAN : GARAM BUKIT GARAM KESIHATAN

Apakah dia antara RAHSIA MAKANAN TERNAKAN yang bermutu tinggi & berkhasiat? terdapat satu unsur semulajadi yang Allah jadikan dengan kesempurnaan sifatnya memberikan banyak manfaat kepada manusia, tumbuhan dan haiwan, yakni kewujudan garam bukit.

KEBAIKAN GARAM BUKIT:
- menyihatkan tubuh badan dan menyeimbangkan cas dalam tubuh
- melancarkan darah
- menyuburkan kesihatan ternakan
- membunuh kuman dalam udara

Garam bukit atau yang dipanggil rock salt ini wujud sebagai lapisan mendapan mineral di kawasan tanah tinggi, di bukit-bukau,gunung-ganang dan ada juga di kawasan laut/tasik yang surut atau di playa. garam bukit terhasil daripada mendapan garam daripada laut sejak beribu-ribu tahun dahulu.

KETAHUI RAHSIA MAKANAN TERNAKAN YANG BERKUALITI TINGGI
Tekanan tinggi yang terhasil dari pergerakan lapisan-lapisan bumi, haba, mendapan dan mampatan telah menyebabkan kewujudan garam bukit ini, tak kira samada di kawasan berdekatan laut/paras laut atau kawasan tanah tinggi. oleh sebab garam termampat ini mengumpulkan pelbagai unsur purbakala didalamnya, maka garam bukit menjadi garam yang tinggi kandungan mineral, sempurna dan memiliki semua zat galian yang baik untuk kehidupan.
nama saintifik garam bukit adalah halite, dan kandungannya adalah seperti garam biasa, yakni natrium klorida (NaCl). beza garam bukit dengan garam biasa ialah garam bukit mengandungi berpuluh-puluh unsur surihan/mineral lain didalamnya yang lengkap untuk keperluan tubuh dan ternakan. ia mengandungi pelbagai unsur mineral, mungkin 60-80 jenis mineral termasuk sylvite (KCl) dan gypsum(CaSO4) yang lebih umum. Dilaporkan garam bukit dari Himalaya mengandungi 84 unsur mineral di dalamnya. Garam bukit terbentuk daripada pengewapan laut purba yang menjadi gunung-ganang seperti laut mediterranean dan lautan atlantik.
HIRA’

Garam bukit ini, yang juga dipanggil hira’ tuhan berikan kepada negara kita juga, ianya wujud di kawasan yang sangat tua kewujudannya iaitu di daerah lenggong, perak. Lenggong, perak disahkan oleh para saintis tempatan sebagai daerah yang terpisah dengan kawasan gunung krakatoa di sumatera yang merupakan antara kawasan terawal wujud dalam peradaban manusia. dikawasan ini juga dijumpai manusia purbakala ‘perakman’, pelbagai tumbuhan eksotik seperti rafflesia dan pokok aji serta tanah pamah yang subur.

Thursday, December 16, 2010

Aura Seri Sasar Jualan Sejuta Unit

Assalamualaikum dan salam kasih sayang kepada semua pembaca blog saya. Saya harap anda sume sihat-sihat sajalah hendaknya. Hari ini saya nak maklumkan pada pembaca sekalian tentang sambutan orang ramai terhadap produk Aura Seri. Selain sering di paparkan di akhbar-akhbar produk Aura Seri juga sering keluar di majalah-majalah tersohor di Malaysia, sekaligus membuktikan bahawa produk Aura Seri ini mendapat sambutan dari orang ramai.  Di sini juga saya ingin memaklumkan bahawa Produk Aura Seri Nur tidak lagi menawarkan perlindungan insuran sebanyak RM 10,000 di sebabkan telah tamat kontrak dengan syarikat Insurans yang terlibat. Sehubungan dengan itu, harga yang dijual sebelum ini sebanyak RM 78.00 telah diturunkan kepada RM 68.00 sahaja. Memandangkan sambutan yang menggalakkan, saya telah menjadi wakil jualan yang sah di bawah Syarikat Positif Image yang berstatus RMH. Jika pembaca nak tahu lagi produk-produk terbaru syarikat ini silalah klik pada "KETERANGAN PRODUK" kat atas tu ye....selamat membaca dan membuat tempahan.


 KERATAN AKHBAR:
SYARIKAT POSITIF IMAGE SASAR JUALAN 1 JUTA UNIT




KERATAN AKHBAR :
SAMBUTAN ORANG RAMAI TERHADAP PRODUK AURA SERI NUR AMAT MENGGALAKKAN.










KERATAN AKHBAR BERTARIKH 9 JULAI 2009, SISIPAN RATU MUKA SURAT 8:
KEISTIMEWAAN PRODUK AURA SERI NUR

Monday, December 13, 2010

Apa itu Aura?


Aura, atau juga dikenali dengan nama Energy Body, Bioplasmic, Pranic Body, Qarin, Vital Body, Etheric Body atau Tubuh Pendua secara asasnya adalah visual satu bentuk tenaga badan/diri yang terpancar dan mengelilingi tubuh kita dalam arah berlawanan jam dari ubun kepala dan berputar sehingga ke hujung kaki dengan 7 kelenjar utama tubuh sebagai pusat putaran. Jaluran tenaga elektomagnetik ini mengelilingi tubuh fizikal kita dan mempunyai warna-warna yang tersendiri dan individu yang mempunyai Aura yang baik adalah individu yang mempunyai aura yang berbentuk oval yang cantik, berwarna pelangi (7 warna) dan juga bersaiz besar.
Samada kita sedari atau tidak, terdapat jaluran tenaga elektromagnet yang melingkungi (menutupi) disekeliling tubuh manusia. Tenaga elektro magnetik ini berbeza-beza pada paras gelombang yang tertentu dalam ukuran nanometer (nm). Tenaga elektromagnetik ini juga dikenali sebagai perisai diri atau aura. Ia bertindak melindungi diri seseorang sepertimana lapisan ozon memelihara bumi dari pancaran cahaya alpha, beta dan gamma.



Daripada warna aura, kelemahan atau kelebihan seseorang itu dapat dikenalpasti. Bagi seseorang yang tidak mengalami sebarang penyakit spiritual, mental, emosi dan fizikal maka gambar auranya hanya akan menunjukkan satu warna sahaja. Frekuensi getaran yang melingkungi tubuh kita menggambarkan hal keadaan organ-organ dalaman kita.

Jenis-jenis Aura
Terdapat 4 jenis aura yang utama. Di antaranya adalah:
  • Aura yang seimbang.
  • Aura tekanan, kerja keras dan kebijaksanaan
  • Aura emosi yang kuat, pemarah dan perungus
  • Aura spiritual
Terdapat 4 warna perisai diri, iaitu Puteh, Pink, Hijau dan Biru. Setiap orang hanya mewarisi satu sahaja warna aura dan aura ini kekal dengan seseorang itu sehingga akhir hayatnya.
Bagi seseorang yang mengalami kesakitan pada organ-organ tertentu dalam tubuhnya maka aura nya akan menunjukkan kesan-kesan ini dengan warna yang tidak seimbang pada auranya.